Sunday, September 26, 2010

wayang tyme...


majika filem baru yang dibuat oleh KRU production is the best..sbnrnya aku tak suka sangat nak tengok filem melayu ni tapi tak napa plak tiba2 nak tengok filem ni..apa2 pun filem ni tak mengecewakan aku.best la dengan lakonan pelakon2 yang ramai..watak yang lucu boleh gak menghiburkan hati ni..aku syorkn korang tengok la cerita ni...

Wednesday, September 8, 2010

buras..

assalammualaikum.......
kali ni nak cerita sikit tentang buras..kalu korang nak tau di sabah memang terkenal dengan buras tapi bahagian selatan sabah lah kalau utara kelipis aku x pasti gak jenis makanan nie..karang aku cuma nak cerita pasal BURAS

BURAS adalah makanan yang diperbuat dari nasi ataupun pulut dan dilapisi dengan daun pisang..BURAS nie sedap bila dimakan dengan berbagai makanan ketika hari raya.

cara masak pulak nasi ataupun pulut yang bakal di isi hendaklah dimasak terlebih dahulu dengan santan untuk menambah rasa.sesudah siap dimasukkan BURAS tadi akan dikat dengan tali rapiah dalam beberapa yang anda nak.apabila di masak pulak orang kampung kami selalu suka masak dengan kayu api..kerana dipercayai lebih sedap jika masak dengan kayu api..tetapi kalau masak kena ambil masa yang lama.so kena tunggu begitu lama untuk dapat rasa BURAS yang sedap
ok setakat itu jak aku nak serita tentang buras nie...

Saturday, September 4, 2010

beraya di kampung...

assalammualaikum

karang ni aku nak cita hebatnya beraya di kampung ...


1.bila raya bestnya ramai2 de jiran pergi solat hari raya..


2.lepas balik dri solat hari raya pergi serbu rumah jiran sampai penat mau makan..


3.Jiran-jiran mesti ambil tahu jirannya masak pa supaya bila raya tak sama dengan jiran yang lain


4.makanan macam-macam ada apa lagi di sabah


5.kalau beraya mesti ramai-ramai penuh 1 rumah..selipar tengok di tangga mesti FULL sampai di bawah tangga.


6.Duit raya mesti tanya budak- budak kecil yang sudah dulu beraya pergi rumah bila da tau serbu la..


7.beraya di rumah jiran yang dekat mesti habis dalam waktu siang so waktu malam yang jauh-jauh sikit


8.ziarah kuburan.kalau kat kampung aku tak tau la memang tradisi ka apa.menziarah kubur selalunya waktu petang so bila pergi kubur jalan ramai,dengan bawa bunga ,air dan yassin..


9.bila jalan ke kuburan tu mesti banyak jumpa orang kan sebab biasanya kalau kat kampung kawasan kuburan berdekatan jak so tradisi salam di tengah jalan..MAAF ZAHIR BATIN


10.kalau malam pulak mesti beraya sampai tengah malam.so kena pandai-pandailah minum air sikit jak kl datang pergi rumah orang..


11.Raya ke-2 kalau kat kampung sentiasa happy lagi..so jalan-jalan lagi di mana rumah yang belum di pegi.tapi tak la sama macam raya pertama.soalan yang selalu di tanya bila dah raya ke-2 ni..KENAPA KO TAK DATANG KEMARIN TAK DA SUDAH AYAM NI..


12.Raya ke-3 biasanya banyak yang dah balik ke bandar.alasan utama kerja..yang bestnya kat kampung aku bila da banyak yang balik jambatan kitaorang penuh..tak dapat nak bayangkan seolah-olah macam perhimpunan merdeka.


13.kalau mercun-mercun memang ada tapi tak banyak yang bestnya kami guna mercun buluh..remaja-remaja lelaki memang meneroka hutan la bukan sebab nak buat lemang tapi mercun buluh.


14.kalau kampung aku lemang tak la popular sangat tapi buras..2 jenis nasi dan pulut.tapi kebanyakannya nasi la sedap..


banyak lagi hebat beraya di kampung kalau aku nak cerita panjang sangat sini..pa pun di setiap kampung ada tarikan sendiri kan bila raya..so kita kongsi sma-sama ya.

Friday, September 3, 2010

tentang perasaan seseorang (hanya dia di hatiku...)

biarpun susah diterima kepala otak aku tapi aku tak boleh boleh lupakan dia begitu sahaja..mengapa sedangkan dia tidak pernah mengungkapkan kata-kata manis padaku..sejauh mana kasih sayangku padanya sampai aku sendiri tak dapat mengetahuinya.walaupun lelaki begitu ramai yang ingin bersamaku..benar aku boleh menerima mereka dengan begitu mudah tapi aku menipu diri sendiri kerana walaupun aku berjalan dengan lelaki tu aku tetap mengingatinya..salahkah aku untuk melupakan dia..tetapi semakin aku igin melupakan dia semakin dia makin dekat di fikiranku..

tidak pernah sekali untuk dia faham perasaanku..begitu lama aku menunggunya hanya untuk dia..begitu banyak juga airmata aku habis kerana dia bila teringatkan dia..kenakalannya,cara dia buat lawak,comitmentnya dalam pelajaran,ketika mengikut aktiviti jungle tracking,dia suka makan sup,suka makan berbawang,dengan motornya yang bising bila ke sekolah,sentiasa ingin cepat bila tyme rehat,masa jalan sama-sama bila ambil biasiswa..sentiasa dalam ingatanku..

sekarang dia semakin jauh mendalami ilmu dan semakin jauh juga perkenalan kami..dan keyakinanku bahawa dia tak kan pernah memandang aku pun sama sekali..takkan sekali.aku begitu malu dengan diri sendiri mengungkap perasaan pada dia..tapi jawapan yang sentiasa dalam ingatan aku HANYA KAWAN TAK LEBUH DARI ITU.jawapan itu yang seolah-olah aku begitu hina di matanya..sekarang ni kami semakin dekat tak seperti dulu..tapi walaupun dekat tak ada maknanya tak pernah jumpa..biarpun dia tak pernah ingat tentang aku cukuplah sekadar aku mengingatinya,mendoakan kejayaannya,dan sentiasa menunggu untuknya..

diantara impianku adalah bersama dia,dia meminta maaf padaku,meraih impian bersama..